Tuesday 17 November 2009

Harapan

Semalam berlalu meninggalkan secebis harapan...Harapan yang kubawa bersama untuk mengumpul semangat ku yang tidak kental. Aku percaya hari esok ada sinar. Setiap kegelapan pasti akan diterangi dengan sinaran yang memancar bersama pelangi yang indah. Kegagalan hari ini bukan titik noktah selama-lamanya. Hidupku berqada' dan qadar dengan Allah, aku tidak tahu apakah akan berlaku esok, terang atau gelap indah atau suram. Hanya Dia sahaja yang tahu.

Ku doakan agar kesilapan hari ini membawa kepada kejayaan di muka hari.

Ahhhhh, sukarnya......

Semoga ku bertemu kemanisan dipenghujungnya.

Thursday 8 October 2009

Inikah aku....

Terasa lemah kaki melangkah terasa hati begitu kosong...
Mengapa begitu payah untuk mempercayai diri sendiri....benak sangatkah kepala ini atau penuh sangat hati ini dgn titik hitam dosa sehingga begitupayah nur memasukinya..

Ya Allah , Engkau berikanlah hambaMu ini kekuatan untuk mengikis , menghapuskan apa apa aja perkara yang tidak baik yang sedang bersarang di hati hambaMu ini .....Ya Allah , Engkau ampunilah segala dosa - dosa yang tinggi menggunung ini ...Hanya kepada Engkau hambaMu ini berserah ,Hanya kepada Engkau hambaMu ini memohon pertolongan ...Berikanlah hambaMu ini segala kekuatan untuk menghadapi segala dugaan ini ...

Amin...

Monday 14 September 2009

Letih

Kelu seribu kata tidak terucap ...
Lelah ku tabur hampas ku terima....
Namun itulah realiti kehidupan, penat lelah pahit jerih kelak akan menjadi satu kemanisan yang akan dikecapi suatu masa nanti..
Semoga diri ini sentiasa bersangka baik dengan Allah, berusaha menjadi hambaNya yang dikasihi

Monday 17 August 2009

Mengutip

Perlahan-lahan ku mengutip sisa-sisa semangat ku yang telah kian pudar...kan kugilap menjadi permata yang berharga hadiah buat yang kusayang..sementara hayatku masih ada. Kiranya ku tewas kupohon kiranya Kau ampunkanlah aku dan Kau redhakanlah hati-hati yang kutinggalkan

Thursday 13 August 2009

Dreams


Dreams





Written By: Unknown
Copyright Unknown

May all your dreams bloom like daisies in the sun
May you always have stars in your eyes
May you not stop running on until your race is won
May you always have blue skies

A dream is something all your own to keep within your heart
To build on when you're glad or when your world's been torn apart
A dream is something all your own that no one else can steal
A dream is something you can make come real

May all your dreams bloom like daisies in the sun
May you always have stars in your eyes
May you not stop running on until your race is won
May you always have blue skies

Now you can share a laugh with any stranger on the street
And you can share your money with a beggar on the street
But you can only share your dream when love has set it free
So please, won't you share yours with me?

May all your dreams bloom like daisies in the sun
May you always have stars in your eyes
May you not stop running on until your race is won
May you always have blue skies

Tuesday 11 August 2009

Hilang

Hilang punca.....Ke mana langkah kaki, hendak dituju. Teruji dengan bebanan yang berat. Hidup menjadi kaku ..tidak beremosi , pudar, ragu dan pilu.Dek mengajar gunung yang tinggi aku tersembam di muka bumi. Hajatku tinggi angan ku bongkak. Bila diri aku jadi begini selalunya aku akan diam. Tidak peduli hidup, tidak peduli rasa. Gayaku ibarat mesin bergerak yang diaturcara sedemikian rupa, kerana kewarasan ini, menghalang aku membuat kerja gila. Mesin dan robot tidak penat minda. Menurut sahaja apa yang diaturcarakan.Namun ALlah itu maha kaya dan adil, aku bukan nya boneka yang boleh diaturcara.Aku lebih bijak pandai dari robot. Aku ada hati. Ya Allah janganlah kau matikan hati ini dari segala deria, jauhilah aku bergerak di bumi Mu dengan hati yang mati. Mati oleh sifat rendah diri. Mati oleh sifat takut mencuba. Mati oleh sifat pengecut.
Lantas aku balik semula, terjun dalam ruang yang paling dalam. Aku tidak rela mati sebelum waktunya. Aku tidak rela hidup sebagai pengecut. Aku tidak rela hidup dalam rendah diri yang melampau. Aku manusia. Ada pertanggungjawaban. Amanah ini sugguh berat...semoga Allah membantukan menemui jalannya...

Monday 10 August 2009

Terkenang....

Dua minggu Ramadahna akan muncul, InsyaAllah kali ini pasti meriah dengan kehadiran Opah disini. Sahur akan bermuala seawal 3 pagi dan berlabuh kian lewat kira-kira pukul 8.45 malam. Harapnya dapatlah kami melaksanakan kewajipan ini dengan mudah. Segalanya akan berada dalam keadaan paling sederhana mungkin insyaAllah dan pastinya akan diserikan dengan kuih-kuh traditional hasil air tangan Opan. Memang Ibu lepas tangan kali ini agar Opah pula dapat mempamerkan kehebatannya menghasilkan kuih muih Melayu..kalau Ibu turun dapur nanti ada yang keliru hasil masakan Chef hotel 5 bintang pula :). Kalau Ibu pastinya kuih apam, apam balik dan kuih bakar akan terhidang kalau rajin mungkin karipap lah. Kalau Opah pastinya pengat akan muncul dan juga kuih apam yang tersohor tu. Dah siap tersedia tapai nasi dalam peti ais kut-kut lah ada permintaan.

Setiap Ramadhan pasti terkenang yang tiada di mata dan juga yang telah pulang kepangkuan Illahi, tahun ini Ibu terkenang arwah Nek, Nek Limah yang keseorangan di kampung Onyang dan Atuk di Cheras, Wan dan atuk yang pastinya sunyi kerana kami semua disini.Entah bila boleh bertemu lagi....

Thursday 6 August 2009

Lama sekali

Sesuailah dengan tajuk kali ni...memang dah lama tak menjengah blog sendiri.Sibuk..celaru ..sedangkan saban ketika terasa nak mencoret rasa di ruangan ini.Masa tak mengizinkan...emosi tak mengiakan..sekadar bait bait kata bermain diminda.Alangkah indahnya jika setiap jejak dan detik perjalanan hidup ini dapt dicoretkan dan diabadikan buat tatapan diri dan mungkin anak2 kelak.

Masa berlalu sudah setahun setengah di bumi ini.Suka duka kepahitan dan kemanisan yang menjengah di setiap ruang hati adakala mengganggu konsentrasi adakala membuahkan rasa bahagia...dan adakala membangkitkan rasa pilu. Namun semua rasa itu anugerah Allah, sewajarnya kita redha dan sabar menghadapinya. Kita sebagai insan yang kerdil ini hanya mampu menurut dan menapak selangkah demi selangkah tanpa mengetahui apa yang tersurat untuk kita. Segala yang berlaku telah tersurat sedari dahulu lagi...bukan untuk kita pasrah dan tidak berusaha tetapi untuk kita merenung dan menginsafi kurniaan Illahi agar tidak riak dan sombong membangga diri dengan kejayaan, bukan juga untuk meratap dan menangisi kecelakaan yang kita tempuhi.

Redha adalah perkataan yang tepat tapi sukar untuk dizahirkan.
Buat anakanda-anakanda ibu yang tersayang..ampunkanlah ibu kerana tidak mampu menzahirkan yang terbaik sebagaimana yang diimpikan...




Tuesday 24 March 2009

Afiq's turn pulak



Khamis ni giliran Afiq pula pergi camping (tak lah macam camping sangat) lebih tepat lagi 'Trip to Beumanor Hall'. Dua hari lamanya. Hari ini Ibu kena pastikan semua kelengkapan Afiq ada. Lagi sekali beg tidur, manalah ibu nak cari. Tak apa nak, Ibu usahakan. Jadinya malam ini kena keluarkan barang Ain daripada beg merah itu dan masukkan barang Afiq pula. Entah kenapa tak teringat pula Afiq ada perkhemahan, mungkin letih tak hilang lagi agaknya.

Tapak perkhemahan Afiq cuma 10 minit sahaja daripada rumah,taklah jauh sangat.

Harap-harapnya Afiq seronok dekat sana. Ibu dengan Abah pasti akan merindui Afiq.

Saturday 21 March 2009

Kakak balik


Alhamdullillah Ain telah selamat tiba dari Norfolk. Lewat tibanya, 6.45ptg baru tiba di Loughborough. Tiga jam lewat daripada yang dijanjikan oleh pihak sekolah. Namun begitu pihak sekolah sentiasa memaklumkan kami tentang ketibaan Ain kesekolah. Bas yang di naiki Ain telah rosak di tengah jalan. Mujur tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.


Apa-apa pun Ain telah tiba dengan semangat yang baru dan lebih becok dari selalu. Memeluk Ain sebaik sahaja tiba membuatkan terasa betapa rindunya pada anak yang seorang ini.Anak yang pernah ditunggu kelahirannya. Kelahiran yang penuh dengan detik-detik cemas dan komplikasi dari seawal kandungan. Namun rahmat Allah Ain selamat dan sihat hingga kini walaupun pelbagai ramalan dibuat oleh pihak doktor yang memeriksanya. 'Kehilangan' Ain buat tiga hari ini melihatkan bahawa adik-adiknya merinduinya.Afiq merasai kehilangannya dalam diam...tidak bertanya namun agak pendiam . Izzah saban waktu bertanya bila Ain nak balik Ain pergi mana. Iman pula, kelihatan tercari-cari tapi tidak bertemu kakaknya itu. Abah pula agak tenang dan bertanya Ain steady je pergi camp, Ibu je macam nak nangis? Kali pertama berpisah, bahkan tidur dirumah orang lain pun hanya sekali sahaja. Mestilah sedih.


Pada asalnya Ain keberatan untuk mengikuti perkhemahan ini, dan kami pula agak keberatan dari segi kewangan. Bukan sedikit yang diperlukan £155 jumlahnya. Tidak termasuk sebarang kelengkapan yang diperlukan kelak. Tetapi mengenangkan pengalaman yang bakal diraihnya, kami beralah dan meminta pihak sekolah membenarkan kami membayar jumlah itu berperingkat-peringkat. ALhamdullilah dan Atuk pula mengirimkan sejumlah lagi ££££ untuk menampung kos itu. Sayang sekali pengalaman ini tidak dapat dirakamkan kerana kami tidak dapat membenarkan Ain membawa kameranya dan tidak pula kami bekalkan kamera pakai buang. Harap-harap adalah gambar dalam simpanan guru-gurunya.


Seperkara yang membuatkan kami berasa gembira ialah tentang Ain memelihara pemakanannya danjuga berusaha untuk solat walaupun berbekalkan kompas rakannya. Walaupun solat Isyak sahaja tapi itu sudah menunjukkan satu perkembangan yang baik bagi anak-anak yang seusia dengannya. Didalam keadaan begitu berbeza dan tidak aada ruang untuk menunaikan ibadat secara sempurna beliau berusaha untuk solat bersama rakannya Syifa, seorang anak keturunan Arab. Yang lebih melegakan ialah salah seorang guru telah menawarkan biliknya untuk menunaikan solat. Betapa indahnya dunia ini jika manusia daripada pelbagai kepercayaan dapat menghormati pendirian dan pegangan orang lain.


Wednesday 18 March 2009

Tak Sihat: One Up One down



Semenjak Rabu lalu Iman menunjukkan tanda2 yang agak membimbangkan. Selera makannya berkurangan, tidak mahu senyum walaupun diagah dan muram sahaja. Malamnya Iman mula muntah, ceret beret dan lesu sahaja.Risau dibuatnya sedangkan tiada kelinik yang buka malam-malam begini. Untuk ke hospital pastinya akan suruhnya pergi ke Leicester. Akhirnya rawat dan rehat dirumah, minum air sahaja dan kurangkan makanan bersusu. Esoknya nampak pulih sedikit tapi menjelang tengahari berulang semula.


Asalnya bermula dengan batuk, yalah cuaca masih sejuk dan Iman saban hari menghantar kakak dan abang kesekolah. Pastinya sejuk dingin pagi menerjah ketubuh kecilnya. Tak sangka pula melarat menjadi begitu. Tapi lazimnya disini kalau ke medical centre pasti jawapan sama yang diterima rehat, minum dan rehat lagi. Ibu dan Abah buat keputusan agar kita cuba lihat perkembangan Iman 2-3 hari berikutnya. Berbekalkan ibuprofen dan paracetamol Iman nampaknya makin berkurangan batuk dan ceretnya dan tidak juga nampak lemah.


[+]


Kini giliran Izzah pula diserang simtom seperti Iman.Lemah lesu saja anak dara Abah tu.Hanya air sahaja yang dijamahnya selama sehari. Pagi tadi diminta roti jam tapi seperempat sahaja yang di makannya.


[+]

Hari ini Ain akan pulang kerumah setelah 3 hari berada di Norfolk. Harap-harap Ain gembira dan seronok. Tak sabar rasanya nak bertemu Ain. Rindu sangat rasanya ada masa-masanya tersasar memanggil Ain untuk mengambil barang, bangun tidur dan makan.Makan pun sekadar basa-basi kerana hanya Ibu abah Afiq yang makan bersama lagipun Izzah tak sihat. Telefon sekolah, 5.30 katanya tiba, dapat message dari Abah pulak bus breakdown...macam kereta kat rumah aja..breakdown saja.







Thursday 12 March 2009

Izzah dan kekebalannya


Entri kali mengenai Izzah..Kenapa ya, ada yang istimewa tentangnya,semua anak itu istimewa cuma kali ini bercerita tentang Izzah. Dalam usia semudanya itu beliau sangat memahami keadaan sekelilingnya. Dia juga faham tentang apa reaksi akan tindak tanduknya. Pada masa yang sama beliau juga sensitif. Beliau tahu ibunya pergi work ibu buat PhD...sangat berbeza dengan kakak dan abangnya seolah-olah tidak hirau keadaan sekelilingnya.

Kali ni nak cerita tentang Izzah yang kebal dengan kesejukkan. Jarang sekali beliau mengenakan jeket beliau dan inilah kali pertama beliau memakai sarung tangan untuk bermain salji. Malahan ketika musim luruh beliau cuma tegar memakai t-shirt dan seluar setiap pagi ketika menghantar kakak dan abangnya kesekolah. Seringkali ada yang menegur tak sejuk ke, mungkin ada yang melihat seolah-olah anak ini tidak dihiraukan. Tapi hakikatnya setiap kali mengenakan baju panasnya dia akan menyuruh kita menyimpannya semula..Beralah dengannya kami meminta beliau memakai sweater sahaja...Harap-harap tidak sakitlah anak ibu ni ya.

Officially updating

Entah kenapa..mula-mula memang nak sangat ada blog spot sendiri,penyakit M menyerang seringkali menyapa dikala ada idea. Harap-harap lepas ini hilanglah penyakit M ini.


Untuk kali terakhir, membaca pemergian Amir Yusuf telah membuat diri ini terpempan dalam alam yang nyata ini. Begitu berhati-hati penyusun bait kata rindu dan sayang seorang bapa ku baca saban hari tanpa jemu. Kiriman sms pada bondanya selang hari kukirimkan untuk mengetahui keadaan terkini arwah. Sms terakhir ku terima ketika hayatnya , arwah masih kritikal dan kemungkinan harapan untuk terus hidup sangat tipis, 'only magic cure' bak kata doktor. Tapi sebagai hambaNya bonda dan ayahanda Amir Yusuf masih mencari ruang harapan agar Amir Yusuf terus berjuang. Allah maha Mengetahui, sms menyampaikan khabar bahawa Amir telah tiada kuterima pukul 1 tengahari telah membuatkan ku hilang kata-kata dan semangat untuk dua tiga hari seterusnya.Itulah janji Allah pada Amir Yusuf yang harus diterima dengan redha. Untuk kita pula entah bila

Posting tentang Amir Yusuf boleh dilayari di laman ayahanda arwah http://www.fajaril.net/blog/ diharap kita tidak akan putus mendoakan kesejahteraan arwah dan kepadaNya kita mohon agar Allah menabahkan hati kedua ayahbondanya.