Saturday 21 March 2009

Kakak balik


Alhamdullillah Ain telah selamat tiba dari Norfolk. Lewat tibanya, 6.45ptg baru tiba di Loughborough. Tiga jam lewat daripada yang dijanjikan oleh pihak sekolah. Namun begitu pihak sekolah sentiasa memaklumkan kami tentang ketibaan Ain kesekolah. Bas yang di naiki Ain telah rosak di tengah jalan. Mujur tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.


Apa-apa pun Ain telah tiba dengan semangat yang baru dan lebih becok dari selalu. Memeluk Ain sebaik sahaja tiba membuatkan terasa betapa rindunya pada anak yang seorang ini.Anak yang pernah ditunggu kelahirannya. Kelahiran yang penuh dengan detik-detik cemas dan komplikasi dari seawal kandungan. Namun rahmat Allah Ain selamat dan sihat hingga kini walaupun pelbagai ramalan dibuat oleh pihak doktor yang memeriksanya. 'Kehilangan' Ain buat tiga hari ini melihatkan bahawa adik-adiknya merinduinya.Afiq merasai kehilangannya dalam diam...tidak bertanya namun agak pendiam . Izzah saban waktu bertanya bila Ain nak balik Ain pergi mana. Iman pula, kelihatan tercari-cari tapi tidak bertemu kakaknya itu. Abah pula agak tenang dan bertanya Ain steady je pergi camp, Ibu je macam nak nangis? Kali pertama berpisah, bahkan tidur dirumah orang lain pun hanya sekali sahaja. Mestilah sedih.


Pada asalnya Ain keberatan untuk mengikuti perkhemahan ini, dan kami pula agak keberatan dari segi kewangan. Bukan sedikit yang diperlukan £155 jumlahnya. Tidak termasuk sebarang kelengkapan yang diperlukan kelak. Tetapi mengenangkan pengalaman yang bakal diraihnya, kami beralah dan meminta pihak sekolah membenarkan kami membayar jumlah itu berperingkat-peringkat. ALhamdullilah dan Atuk pula mengirimkan sejumlah lagi ££££ untuk menampung kos itu. Sayang sekali pengalaman ini tidak dapat dirakamkan kerana kami tidak dapat membenarkan Ain membawa kameranya dan tidak pula kami bekalkan kamera pakai buang. Harap-harap adalah gambar dalam simpanan guru-gurunya.


Seperkara yang membuatkan kami berasa gembira ialah tentang Ain memelihara pemakanannya danjuga berusaha untuk solat walaupun berbekalkan kompas rakannya. Walaupun solat Isyak sahaja tapi itu sudah menunjukkan satu perkembangan yang baik bagi anak-anak yang seusia dengannya. Didalam keadaan begitu berbeza dan tidak aada ruang untuk menunaikan ibadat secara sempurna beliau berusaha untuk solat bersama rakannya Syifa, seorang anak keturunan Arab. Yang lebih melegakan ialah salah seorang guru telah menawarkan biliknya untuk menunaikan solat. Betapa indahnya dunia ini jika manusia daripada pelbagai kepercayaan dapat menghormati pendirian dan pegangan orang lain.


No comments: