Monday 22 March 2010

An-Naba

Pagi tadi kepala serabut sangat. Web browsing membosankan. On line shopping bosan...Ya Allah kenapalah hati ku hari ini? Banyakkah perkara yang perlu ku langsaikan hari ini? Hati tergerak untuk membuka kitab suci Al Quran. Juzuk 30, terpandang surah an Naba, hmm dah lama tak baca. Ayat terakhir membawa terjemahan pada hari akhirat nanti orang kafir akan berkata, alangkah bagusnya sekiranya aku menjadi tanah. Terpanah seketika hati membaca terjemahan ayat yang terakhir itu. Itu orang kafir, bagaimana pula orang Islam yang fasik? Aku membayangkan tentu lagi hebat seksaannya? Cukupkan amalan ku selama ini? Yang wajib ada masanya terlewat. Yang sunat sekali sekala. Quran dibuka dikala kegelisahan atau untuk memantau pengajian anak-anak. Hati ku ada masa tidak berzikir padaNya. ada masa solat tergesa-gesa..tapi masih mengharap keampunanNya, mengharap rezekiNya..tak malu sungguh. Aku mengharap segala yang indah dariNya, balasan ku? sekadar basi basa..not a good deal at all!! Kalau aku berurusan pasti aku tidak mahu berurusan dengan orang seperti aku ni!

Azam ku mulai hari ini, segala urusan seharian perlu memohon keredhaan padaNya. Buat segala kerja sebaik mungkin, dan mesti selalu tawadduk padaNya....InsyaAllah

Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang istiqamah dalam menyembahMu. Berkatilah segala perbuatan kami. Lorongkan hati kami ke tempat-tempat yang kau redhai. Janganlah kau pesongkan hati ini dalam perjalanan hidup ini untuk ke Jannah MU...Himpunkanlah kami, anak-anak kami, ibu bapa kami, nenek moyang kami dalam syurga MU dengan penuh kasih sayang dan rahmat MU...Amin