Tuesday 24 March 2009

Afiq's turn pulak



Khamis ni giliran Afiq pula pergi camping (tak lah macam camping sangat) lebih tepat lagi 'Trip to Beumanor Hall'. Dua hari lamanya. Hari ini Ibu kena pastikan semua kelengkapan Afiq ada. Lagi sekali beg tidur, manalah ibu nak cari. Tak apa nak, Ibu usahakan. Jadinya malam ini kena keluarkan barang Ain daripada beg merah itu dan masukkan barang Afiq pula. Entah kenapa tak teringat pula Afiq ada perkhemahan, mungkin letih tak hilang lagi agaknya.

Tapak perkhemahan Afiq cuma 10 minit sahaja daripada rumah,taklah jauh sangat.

Harap-harapnya Afiq seronok dekat sana. Ibu dengan Abah pasti akan merindui Afiq.

Saturday 21 March 2009

Kakak balik


Alhamdullillah Ain telah selamat tiba dari Norfolk. Lewat tibanya, 6.45ptg baru tiba di Loughborough. Tiga jam lewat daripada yang dijanjikan oleh pihak sekolah. Namun begitu pihak sekolah sentiasa memaklumkan kami tentang ketibaan Ain kesekolah. Bas yang di naiki Ain telah rosak di tengah jalan. Mujur tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.


Apa-apa pun Ain telah tiba dengan semangat yang baru dan lebih becok dari selalu. Memeluk Ain sebaik sahaja tiba membuatkan terasa betapa rindunya pada anak yang seorang ini.Anak yang pernah ditunggu kelahirannya. Kelahiran yang penuh dengan detik-detik cemas dan komplikasi dari seawal kandungan. Namun rahmat Allah Ain selamat dan sihat hingga kini walaupun pelbagai ramalan dibuat oleh pihak doktor yang memeriksanya. 'Kehilangan' Ain buat tiga hari ini melihatkan bahawa adik-adiknya merinduinya.Afiq merasai kehilangannya dalam diam...tidak bertanya namun agak pendiam . Izzah saban waktu bertanya bila Ain nak balik Ain pergi mana. Iman pula, kelihatan tercari-cari tapi tidak bertemu kakaknya itu. Abah pula agak tenang dan bertanya Ain steady je pergi camp, Ibu je macam nak nangis? Kali pertama berpisah, bahkan tidur dirumah orang lain pun hanya sekali sahaja. Mestilah sedih.


Pada asalnya Ain keberatan untuk mengikuti perkhemahan ini, dan kami pula agak keberatan dari segi kewangan. Bukan sedikit yang diperlukan £155 jumlahnya. Tidak termasuk sebarang kelengkapan yang diperlukan kelak. Tetapi mengenangkan pengalaman yang bakal diraihnya, kami beralah dan meminta pihak sekolah membenarkan kami membayar jumlah itu berperingkat-peringkat. ALhamdullilah dan Atuk pula mengirimkan sejumlah lagi ££££ untuk menampung kos itu. Sayang sekali pengalaman ini tidak dapat dirakamkan kerana kami tidak dapat membenarkan Ain membawa kameranya dan tidak pula kami bekalkan kamera pakai buang. Harap-harap adalah gambar dalam simpanan guru-gurunya.


Seperkara yang membuatkan kami berasa gembira ialah tentang Ain memelihara pemakanannya danjuga berusaha untuk solat walaupun berbekalkan kompas rakannya. Walaupun solat Isyak sahaja tapi itu sudah menunjukkan satu perkembangan yang baik bagi anak-anak yang seusia dengannya. Didalam keadaan begitu berbeza dan tidak aada ruang untuk menunaikan ibadat secara sempurna beliau berusaha untuk solat bersama rakannya Syifa, seorang anak keturunan Arab. Yang lebih melegakan ialah salah seorang guru telah menawarkan biliknya untuk menunaikan solat. Betapa indahnya dunia ini jika manusia daripada pelbagai kepercayaan dapat menghormati pendirian dan pegangan orang lain.


Wednesday 18 March 2009

Tak Sihat: One Up One down



Semenjak Rabu lalu Iman menunjukkan tanda2 yang agak membimbangkan. Selera makannya berkurangan, tidak mahu senyum walaupun diagah dan muram sahaja. Malamnya Iman mula muntah, ceret beret dan lesu sahaja.Risau dibuatnya sedangkan tiada kelinik yang buka malam-malam begini. Untuk ke hospital pastinya akan suruhnya pergi ke Leicester. Akhirnya rawat dan rehat dirumah, minum air sahaja dan kurangkan makanan bersusu. Esoknya nampak pulih sedikit tapi menjelang tengahari berulang semula.


Asalnya bermula dengan batuk, yalah cuaca masih sejuk dan Iman saban hari menghantar kakak dan abang kesekolah. Pastinya sejuk dingin pagi menerjah ketubuh kecilnya. Tak sangka pula melarat menjadi begitu. Tapi lazimnya disini kalau ke medical centre pasti jawapan sama yang diterima rehat, minum dan rehat lagi. Ibu dan Abah buat keputusan agar kita cuba lihat perkembangan Iman 2-3 hari berikutnya. Berbekalkan ibuprofen dan paracetamol Iman nampaknya makin berkurangan batuk dan ceretnya dan tidak juga nampak lemah.


[+]


Kini giliran Izzah pula diserang simtom seperti Iman.Lemah lesu saja anak dara Abah tu.Hanya air sahaja yang dijamahnya selama sehari. Pagi tadi diminta roti jam tapi seperempat sahaja yang di makannya.


[+]

Hari ini Ain akan pulang kerumah setelah 3 hari berada di Norfolk. Harap-harap Ain gembira dan seronok. Tak sabar rasanya nak bertemu Ain. Rindu sangat rasanya ada masa-masanya tersasar memanggil Ain untuk mengambil barang, bangun tidur dan makan.Makan pun sekadar basa-basi kerana hanya Ibu abah Afiq yang makan bersama lagipun Izzah tak sihat. Telefon sekolah, 5.30 katanya tiba, dapat message dari Abah pulak bus breakdown...macam kereta kat rumah aja..breakdown saja.







Thursday 12 March 2009

Izzah dan kekebalannya


Entri kali mengenai Izzah..Kenapa ya, ada yang istimewa tentangnya,semua anak itu istimewa cuma kali ini bercerita tentang Izzah. Dalam usia semudanya itu beliau sangat memahami keadaan sekelilingnya. Dia juga faham tentang apa reaksi akan tindak tanduknya. Pada masa yang sama beliau juga sensitif. Beliau tahu ibunya pergi work ibu buat PhD...sangat berbeza dengan kakak dan abangnya seolah-olah tidak hirau keadaan sekelilingnya.

Kali ni nak cerita tentang Izzah yang kebal dengan kesejukkan. Jarang sekali beliau mengenakan jeket beliau dan inilah kali pertama beliau memakai sarung tangan untuk bermain salji. Malahan ketika musim luruh beliau cuma tegar memakai t-shirt dan seluar setiap pagi ketika menghantar kakak dan abangnya kesekolah. Seringkali ada yang menegur tak sejuk ke, mungkin ada yang melihat seolah-olah anak ini tidak dihiraukan. Tapi hakikatnya setiap kali mengenakan baju panasnya dia akan menyuruh kita menyimpannya semula..Beralah dengannya kami meminta beliau memakai sweater sahaja...Harap-harap tidak sakitlah anak ibu ni ya.

Officially updating

Entah kenapa..mula-mula memang nak sangat ada blog spot sendiri,penyakit M menyerang seringkali menyapa dikala ada idea. Harap-harap lepas ini hilanglah penyakit M ini.


Untuk kali terakhir, membaca pemergian Amir Yusuf telah membuat diri ini terpempan dalam alam yang nyata ini. Begitu berhati-hati penyusun bait kata rindu dan sayang seorang bapa ku baca saban hari tanpa jemu. Kiriman sms pada bondanya selang hari kukirimkan untuk mengetahui keadaan terkini arwah. Sms terakhir ku terima ketika hayatnya , arwah masih kritikal dan kemungkinan harapan untuk terus hidup sangat tipis, 'only magic cure' bak kata doktor. Tapi sebagai hambaNya bonda dan ayahanda Amir Yusuf masih mencari ruang harapan agar Amir Yusuf terus berjuang. Allah maha Mengetahui, sms menyampaikan khabar bahawa Amir telah tiada kuterima pukul 1 tengahari telah membuatkan ku hilang kata-kata dan semangat untuk dua tiga hari seterusnya.Itulah janji Allah pada Amir Yusuf yang harus diterima dengan redha. Untuk kita pula entah bila

Posting tentang Amir Yusuf boleh dilayari di laman ayahanda arwah http://www.fajaril.net/blog/ diharap kita tidak akan putus mendoakan kesejahteraan arwah dan kepadaNya kita mohon agar Allah menabahkan hati kedua ayahbondanya.