Tuesday 11 August 2009

Hilang

Hilang punca.....Ke mana langkah kaki, hendak dituju. Teruji dengan bebanan yang berat. Hidup menjadi kaku ..tidak beremosi , pudar, ragu dan pilu.Dek mengajar gunung yang tinggi aku tersembam di muka bumi. Hajatku tinggi angan ku bongkak. Bila diri aku jadi begini selalunya aku akan diam. Tidak peduli hidup, tidak peduli rasa. Gayaku ibarat mesin bergerak yang diaturcara sedemikian rupa, kerana kewarasan ini, menghalang aku membuat kerja gila. Mesin dan robot tidak penat minda. Menurut sahaja apa yang diaturcarakan.Namun ALlah itu maha kaya dan adil, aku bukan nya boneka yang boleh diaturcara.Aku lebih bijak pandai dari robot. Aku ada hati. Ya Allah janganlah kau matikan hati ini dari segala deria, jauhilah aku bergerak di bumi Mu dengan hati yang mati. Mati oleh sifat rendah diri. Mati oleh sifat takut mencuba. Mati oleh sifat pengecut.
Lantas aku balik semula, terjun dalam ruang yang paling dalam. Aku tidak rela mati sebelum waktunya. Aku tidak rela hidup sebagai pengecut. Aku tidak rela hidup dalam rendah diri yang melampau. Aku manusia. Ada pertanggungjawaban. Amanah ini sugguh berat...semoga Allah membantukan menemui jalannya...

No comments: