Wednesday 27 January 2010

Hidup kami..

Izzah dah 3 tahun 10 bulan . September ni dia akan ke sekolah 'betul'..my real school katanya. Tiap-tiap hari bila bersiap dia akn bertanya when I am going to my real school? Seronok sangat katanya di playschool sambil membayangkan sekolah 'betul' akan lebih seronok.Tapi mungkin sebab Ain dan Afiq tidak mahu ketinggalan langsung sekolah,walaupun tak siap kerja rumah. Pelikkan? Kalau dulu aku takut kiranya ada kerja rumah yang tertunggak.Pasti ada 'habuan' yang bakal diterima. Sistem pendidikan disini tidak tekankan latih tubi dirumah. Kerja rumah sekadar sekeping kertas ataupun perlukan pemikiran dalam 10-15 minit. Beg sekolah? Berat lagi burung merpati. Beg senipis 3 cm memadai untuk keystage 1 dan keystage 2, sama sahaja. Lebih kurang macam buat syarat sahaja. 'Apa yang dipelajarinya?' getus hati sang ibu. Risau kenangkan apakah mereka akan ingat apa yang dipelajari kalau tak ada ulangkaji yang intensif? Namun hati ini akan kembali terasa lega bila anak-anak bertekak fakta sejarah Mesir, England , lucu pun ada sebab fakta semuanya berbentuk jenaka. Hujah sains pula, berbelit-belit dan sentiasa melibatkan eksperiment yang tak sanggup kita buat dirumah..geli. Fitrah anak yang lucu ngeri dan menggelikan. Menarik juga kan? Balik Malaysia bagaimana pula agaknya. Disini peluang mempelajari subjek agama secara formal hanya dua kali seminggu, KAFA anjuran persatuan pelajar disini dan juga 'Sunday school' anjuran umat Islam di Loughborough. Penekanan lebih tertumpu pada sifat seorang muslim dan rukun Iman dan rukun Islam. Adab ditekan dan perihal kehidupan berkaitan dengan Islam di tunjuk ajar. Tidak mahal £1 satu sesi berbanding dengan ilmu yang dipelajari. Secara jujur tak terjangkau nilai itu dapat memberikan anak2 beg, buku , alat tulis dan kopiah/tudung. Kalau ku punya banyak wang rasanya hendak ku berikan pada insan-insan mulia ini. Korbankan hari Ahad yang sepatutnya bersantai dan rehat, keringat dan ilmu serta karenah anak-anak...
Syukur Alhamdullillah....

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami,dosa-dosa anak kami...jangan kau lalaikan kami dengan dunia yang tidak akan kekal ini. Jadikan kami insan yang sentiasa utamakan insan lain dan jadikanlah kami insan yang sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang MU. Permudahkanlah segala urusan kami disini, sesungguhnya segala yang kami lakukan adalah kerana MU. Amin

1 comment:

Min said...

salam kak lin,

terima kasih sudi menjenguk blog kami. mawaddah memang anak istimewa. harapan kami moga sahabat2 sekalian sudilah mendoakan dia agar membesar sihat seperti anak2 yang lain. kalau kak lin free2 dtg le ke leicester, bole berbual panjang. doakan jugak min & mahyudin di beri kekuatan menghadapi perjalanan yang panjang ini. jauh lagi perjalanan mawaddah dan yang pastinya, apa yg menanti dihadapan belum tentu bagaimana cabarannya...